Kuantum Pampasan Kecederaan Diri Kes Kemalangan Jalan Raya: Analisa Kajian Kes Menurut Undang-Undang Sivil dan Perundangan Islam

Authors

  • Siti Khadijah Mohd Khair School of Law, College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia
  • Nuarrual Hilal Md Dahlan School of Law, College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.24191/ji.v14i2.209

Keywords:

award kerugian yang tidak mencukupi, kuantum pampasan kecederaan diri, perundangan Islam, praktis semasa Takaful, undang-undang sivil

Abstract

Objektif utama di dalam praktis insurans adalah demi menegakkan hubungan kerjasama bersama diantara pemegang polisi dan syarikat insurans bagi menyediakan satu bentuk perlindungan dan jaminanmaterial terhadap sesuatu risiko yang tidak dapat dijangkakan bagi tuntutan pampasan ganti rugimelibatkan kemalangan jalan raya. Akan tetapi, pihak-pihak hendaklah tidak menjadikan ia sebagai satupeluang untuk mendapatkan sejumlah award pampasan kerugian yang tidak dapat dijangkakan. Objektifkajian ini adalah untuk mendiskusi secara menyeluruh kaedah pemberian kuantum pampasan ganti rugikecederaan diri kes kemalangan jalan raya menurut perundangan Islam dan prinsip undang-undangsivil. Bentuk kajian menggunakan kaedah perbandingan daripada sebuah kajian kes yang dipilih bagimenganalisa isu-isu perbezaan dan persamaan berkenaan kuantum pampasan kecederaan diri menurutperundangan Islam dan praktis semasa Takaful yang juga berdasarkan sistem undang-undang sivildengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dapatan menunjukkan bahawa secara praktis, Mahkamahberkecenderungan untuk memberikan award kerugian yang tidak memadai kadarnya berdasarkan kes-kesyang telah diputuskan berhubung kuantum kecederaan diri kes kemalangan jalan raya khasnyaberbanding kuantum pampasan di dalam perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, sunnah, qiyas danmasalih mursalah yang lebih telus dan adil kepada mangsa-mangsa kemalangan. Oleh yang demikian,satu pengharmonian dalam pemberian award pampasan ganti rugi menurut perundangan Islam dapatdilaksanakan agar ia lebih komprehensif demi memberikan keadilan dan perlindungan di pihak mangsadi samping tidak membebankan pihak insurans serta negara. Kata kunci: award kerugian yang tidak mencukupi, kuantum pampasan kecederaan diri, perundanganIslam, praktis semasa Takaful, undang-undang sivil

References

‘Abd. Al-Qadir ‘Audah. (1987). Al-Tashri’ al-Jinai al-Islami Muqaranan bi al-Qanun al-Wad’i Kaherah:
Maktabah Dar al-Turath, j. 2, 277.
Ahmad Sairan Bin Yusak & Ors v Khoo Hun Cheong & Anor, (2014) 1 PIR (69).
Al-Baihaqi, Ahmad Bin Hussin. (1413H). Sunan Al-Kubra Lil Baihaqi, Beirut: Dar Al-Ma’rifah. Kitab al-Diyyat, no. hadis. 4/89.
Al-Shawkani, Muhammad Ibn Ali Ibn Muhammad.(1994). Nayl Al-Awtar Sharh Muntaqa al-Akhbar, Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, j.9, 57-62.
Compendium of Personal Injury Awards, Pekeliling bernombor 210/2014, www.malaysianbar.org.my
Dr. Yusuff Mansur v Changkat Jering Sdn Bhd & Anor. (1997) 3 CLJ SUPP 211.
Ibn Hazm, Abu Muhammad Ali Bin Ahmad. (2001). Al-Muhalla, Beirut: Al-Maktab al-Tijari, j.10, 447.
Ibn Majah, Muhammad Ibn Yazid. (2000). Sunan Ibn Majah bi Sharh al-Imam Abi al-Hasan al-Hanafi, Beirut: Dar al-Ma’rifah, j.3, 280.
Ibn. Qudamah, Abu Abd Allah Ibn Ahmad Ibn Muhammad. (1983). Al-Mughni wa al-Sharh al-Kabir ‘ala
Matn al-Muqni’ Fi Fiqh al-Imam Ahmad Ibn Hanbal, Beirut: Dar al-Ma’rifah. j. 9, 596-597, 605.
Kassim Bin Ibrahim & Anor v Syed Khodri B. Syed Abdul Aziz, (2009) 2 PIR (25).
Kemp. (1993). Damages For Personal Injury and Death, 5th edn, 76.
Lee Eng Kiang (seorang budak yang mendakwa melalui ibu dan wakil litigasinya, Toh Yeok Jong) v
Kumarareshannath a/l Dorasamy & Anor, (2015) 1 PIR (61).
Lim Poh Choo lwn Camden & Islington Area Health Authority [1979] 2 All ER 910 HL
Mohd Ma’sum Billah. (2003). Shariah Standard of Quantum of Damages In Insurance (Third Party Claim), Ilmiah Publishers, Selangor, 24-25.
Sabiq, Sayyid. (1977). Fiqh al-Sunnah, j.3, Beirut: Dar al-Kutub.
Syed Ahmad S. Alsagoff. (2006). Al-Diyah As Compensation For Homicide And Wounding In Malaysia,
International Islamic University Malaysia. 274-276.
Ulwan, Abd Allah Nasih. (1983). Al-Takaful al-Ijtima’i fi al-Islam, Kaherah: Dar al-Salam.
Wahbah Al-Zuhaili. (1997). Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Damsyik: Dar Al-Fikr. j. 7, 45.
Wahbah Al-Zuhaili. (1998). Nazariyyah al-Daman aw Ahkam al-Mas’uliyyah al-Madaniyyah wa al-Jina’iyyah fi al-Fiwh al-Islami, Damsyik: Dar al-Fikr, 23, 332, 349.

Downloads

Published

2019-11-29